Laman Rasmi Raudhatus Sakinah

Tuesday, February 22, 2011 · 0 comments


Salam. Ahaaa.. Masih tercari-cari laman rasmi Raushatus Sakinah? Ok, anda semua bolehlah mengakses laman web ini, sila klik ---> [Raudhatus Sakinah]

Selamat melayari laman web rasmi kami ya..:) 

Zina Berleluasa!

· 0 comments


Anda Bijak Jauhi Zina! Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra' ayat 32 : Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dibentangkan di Dewan Rakyat melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarakan tanpa nama bapa, sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.

Ini bermakna, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan, atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendafatran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM! Diulang, anak Orang Islam berbangsa Melayu.

Salah siapa?

Salam Pengenalan dari saya Bro Fairuz ^__^

Saturday, February 12, 2011 · 0 comments


Salam. Alhamdulillah wa syukurillah. Segala puji-pujian hanya kepada Allah Azzawajalla, pencipta langit dan bumi, pencipta syurga dan neraka, pencipta cinta dan kasih sayang bahkan Dialah Sang Maha Pencipta. Tidak ada ucapan selain dari mensyukuri nikmat yang terbesar telah Allah kurniakan di dalam diri seorang Muslim melainkan nikmat Islam dan nikmat Iman. Seseorang bisa mengaku dirinya Islam, namun belum tentu dia Beriman. Namun mereka yang Beriman, sudah tentu beliau seorang Muslim. Maka, sebaik-baiknya, jadilah seorang Muslim yang Beriman. Inshaallah.

Awal tahun 2011 memberikan sinar harapan baru kepada saya dalam kerjaya. Dari profesion sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar di Kolej Komuniti YPJ Segamat terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Dan kini, daku bernaung di bawah Raudhatus Sakinah Master Training And Consultansy atau singkatannya RSMTC.

Di RSMTC, saya adalah seorang Trainer bagi Kempen Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Sebut betul-betul, ABJZ. Teman-teman Trainer saya yang lain sering bergurau senda dengan nama ABJZ ini, mereka lebih suka menyebutnya ABJAZZZZZ.. hehe.. Tak kisah, yang penting bila saya menyebut ABJZ, maka logo yang saya tempelkan di atas bermain-main di minda kalian. Itu sudah cukup baik bukan? 

Inshaallah, blog ini akan saya akan update perihal aktiviti saya sebagai seorang Trainer ABJZ. Jika buah cempedak di luar pagar dan sukar untukku mendapatkannya, ku mohon kalian meminjamkan galah agar dapat ku jolok. Bukan tak mahu panjat, khuatir kerengga dan semut api di atasnya. Saya juga budak yang baru belajar untuk bidang kejurulatihan, apatah lagi bila melibatkan kerja Amar Makruf Nahi Mungkar, suka saya melampiaskan keinginan saya agar kalian berilah tunjuk ajar. Sedang galah sudi dipinjamkan, apatah lagi dengan tunjuk ajar.

Inshaallah, jumpa lagi di entri yang seterusnya ya. Salam

Note : Untuk menyertai ABJZ di facebook, klik sini : [ABJZ]
Untuk melayari laman web Raudhatus Sakinah, klik sini : [RS]

 

Copyright © 2011 Mixx Blogger Template - Blogger Templates by BloggerReflex

Sponsored by: Trucks | SUV | Cheap Concert Tickets