Zina Berleluasa!
Anda Bijak Jauhi Zina! Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Isra' ayat 32 : “Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dibentangkan di Dewan Rakyat melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarakan tanpa nama bapa, sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.
Ini bermakna, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan, atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendafatran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM! Diulang, anak Orang Islam berbangsa Melayu.
Salah siapa?
0 comments:
Post a Comment